skip to Main Content

Jutaan terima kasih buat AJK Penaja PINTA Perak kerana menjemput kami dari Program Beli & Wakaf INS Malaysia untuk sama-sama meraikan Majlis Ramah Mesra AJK Penaja PINTA Perak yg pertama kali diadakan.

Sebelum majlis ini juga kami telah bersama dalam menyalurkan 500 naskah Tahriri Al Quran pada bulan ramadhan lepas.

Majlis ramah mesra ini bertujuan mengeratkan hubungan antara mudir-mudir , NGO & jabatan kerajaan sekitar Ipoh.

Majlis juga diserikan dan dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi PINTA Kebangasaan Ustaz Zahid Mahmood dan Pengarah KDN Tuan Naim serta Pengarah Bomba Tuan Zamri.

Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Perak Ustaz Musannif Mohd Noh.

Semoga hubungan kami ini akan berkekalan bagi melancarkan perjalanan Program Beli & Wakaf INS Malaysia di negeri Perak.

Terima kasih Tuan Haji Ustaz Muhammad Farid Jaafar selaku Pengerusi AJK Penaja PINTA Perak kerana menjemput kami ke majlis tersebut.

8 Ogos 2017

[ KONGSI – KONGSI BELI | MANFAAT BERSAMA ]

Back To Top