skip to Main Content

Bahagian Kebajikan

Alhamdulilah

Selesai sudah majlis penyerahan dan berbuka puasa bersama huffaz MTQ Addin 7 Negeri Perak. Penyerahan berupa 1200 naskah kitab 10 sahabat dijamin syurga. 1200 kitab ini adalah hasil pembelian dan wakaf orang ramai dalam Program Beli Dan Wakaf anjuran Pertubuhan Pencinta Tamadun Islam Nusantara – Pencintadan dilaksanakan oleh kami Illusion Network Solutian ( Pasukan Baju Merah ) yang beroperasi di seluruh semenanjung Malaysia. Penyerahan kitab ini diterima oleh CEO Addin Global iaitu Ustaz Sabri Bin Nordin.

Dalam majlis tersebut juga diserahkan sumbangan RM3000 kepada MTQ Addin 7 Tambun yg disampaikan terus kepada mudir MTQ Addin 7 Tambun Ustaz Ahmad Rais Bin Ismail. Semoga Allah memberkati sumbangan yang tidak seberapa ini. Jutaan terima kasih buat semua pembeli dan pewakaf di luar sana yang terus menerus menyokong usaha Program Beli Dan Wakaf kami. Hanya Allah yg mampu membalas segalanya.

Sumbangan Tunai RM3000 diserahkan kepada Ustaz Ahmad Rais Bin Ismail :Mudir MTQ Addin 7 Tambun.


Tidak ketinggalan jua jutaan terima kasih buat warga MTQ Addin Negeri Perak kerana menerima kunjungan dan penyerahan wakaf ini serta layanan yang cukup istimewa kepada kami.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga MTQ Addin 7 Tambun

Back To Top