skip to Main Content

22 Mac 2017 – Sessi Petang.

Alhamdulillah. Jutaan terima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Sembilan terutama SS Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad kerana menerima kunjungan kami ke sana. Antara perkara yg dibincangkan dan dikongsikan adalah mengenai perjalanan Program Beli & Wakaf – INS di Negeri Sembilan serta menjalinkan hubungan dua hala antara pihak Beli & Wakaf – INS dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.

Pihak Beli & Wakaf – INS diwakili oleh Pengurus Pentadbiran – En. Wan Mohd Rashidi Wan Ab Rashid dan Pengurus Jualan Negeri Sembilan – En Luqman Arif Mohd Zin. Diharapkan semoga pertemuan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara kami dan pihak Jabatan Mufti Negeri Sembilan serta dapat melancarkan segala urusan Program Beli & Wakaf – INS di Negeri Sembilan.

[ PENERAJU BELI & WAKAF NO.1 MALAYSIA ]

Back To Top