skip to Main Content
Print
Print
Print
Print
Print
Print
Print
PrintPrintPrintPrintPrintPrint

Jutaan terima kasih kami ucapkan buat Ketua Polis Negeri Melaka – YDH DCP Dato’ Abdul Jalil Bin Hassan kerana sudi meluangkan masa bersama bagi kami menerangkan dan berkongsi perjalanan Program Beli & Wakaf – INS.

Beliau seorang yang peramah dan tegas dalam melontarkan pandangan serta nasihat bagi melancarkan segala urusan Program Beli & Wakaf – INS. Beliau juga tersenyum melihat kehebatan anak-anak muda kami yang begitu komited dan sanggup berada di jalanan bagi menjalankan ProgramBeli & Wakaf – INS.

Beliau menasihatkan kami agar terus melaporkan kepada pihak PDRM untuk diambil tindakan kepada mana-mana pihak atau individu yang mengambil kesempatan ke atas orang ramai sebagai satu langkah keselamatan dan rasa tanggungjawab Program Beli & Wakaf – INS kepada masyarakat.

Semoga hubungan dua hala ini dapat berkekalan. InsyaAllah, kami akan sentiasa berhubung dengan PDRM – Polis Melaka.

[ PENERAJU BELI & WAKAF NO.1 MALAYSIA ]

Back To Top