skip to Main Content
WhatsApp Image 2017 03 22 At 16.47.18

[ KONGSI-KONGSI BELI | MANFAAT BERSAMA ]

22 Mac 2017 – Sessi Pagi.

Program Beli & Wakaf – INS telah sampai ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis ( IPK ) Negeri Sembilan dan dapat bertemu bersama Timbalan Ketua Polis Negeri SAC Muhammad Zaki Bin Haji Harun. Perjumpaan ini bagi mengeratkan hubungan dua hala antara kami dan pihak polis negeri.  Kami amat bersyukur dan berterima kasih atas kesudian SAC Muhammad Zaki Bin Haji Harun bertemu dan dapat kami berkongsi perjalanan Program Beli & Wakaf – INS ini.

Jutaan terima kasih jua kepada beliau kerana sudi memiliki satu set dan mewakafkan satu set 10 Sahabat Dijamin Syurga sebagai tanda sokongan kepada Program Beli & Wakaf – INS ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala keperihatinan beliau terhadap program ini. Pertemuan ini diwakili oleh Pengurus Pentadbiran Beli & Wakaf – INS : En. Wan Mohd Rashidi Wan Ab Rashid dan Pengurus Jualan Negeri Sembilan – En. Luqman Arif Mohd Zin.

Semoga pertemuan ini menjadi asbab kepada kerjasama di masa akan datang.

[ PENERAJU BELI & WAKAF NO.1 MALAYSIA ]

Back To Top