skip to Main Content
WhatsApp Image 2017 03 17 At 10.48.44

Alhamdulillah. Jutaan terima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Perak terutama SS Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani Bin Haji Zakaria kerana menerima kunjungan kami ke sana. Antara perkara yg dibincangkan dan dikongsikan adalah mengenai perjalanan Program Beli & Wakaf – INS di Negeri Perak serta menjalinkan hubungan dua hala antara pihak BeliWakaf – INS dan Jabatan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Pihak Beli & Wakaf – INS diwakili oleh Pengurus Pentadbiran – En. Wan Mohd Rashidi Wan Ab Rashid dan Pengurus Jualan Negeri Perak – En Mohd Hellas Syukri Mohd Salleh.

Diharapkan semoga pertemuan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara kami dan pihak Jabatan Mufti Negeri Perak serta dapat melancarkan segala urusan Program Beli & Wakaf – INS di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Back To Top