Selamat datang ke laman rasmi Program Beli & Wakaf anjuran Penerbit Alami Sdn Bhd
Alami Sdn Bhd telah bertanggungjawab menganjurkan Program Beli & Wakaf bertujuan untuk membantu institusi-institusi pengajian Islam tradisional di Malaysia iaitu Institusi Tahfiz dan sekolah pondok. Program ini juga bertujuan untuk menyokong dan membantu memperkasakan institusi pendidikan Islam tradisional di Malaysia (Institusi Tahfiz dan sekolah pondok) di samping ingin menggalakkan orang ramai melakukan wakaf.
Program Beli & Wakaf ini tidak mewakili mana-mana sekolah, maahad tahfiz, madrasah, pondok dan pusat pengajian Islam. Kami selaku pemegang amanah hanya menyalurkan amanah yang telah diamanahkan kepada kami dalam Program Beli & Wakaf.
KENAPA PERLU BERWAKAF?
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.”
Hadis Riwayat Muslim